Pages

Wednesday, September 3, 2014

Shih Tzu

Let me introduce you my furbabies:

Kendall



Kenny


I'm an animal lover. I started fall in love with animals past 2 years go. Before this I was afraid of them (not that traumatic kind of afraid). I had have few of local breed dog before. You name it. KooKoo, Toby, Mimie and my last Oreo. Toby was MIA until now and the rest passed to the rainbow bridge. You'll be missed, my furfur.

Kendall and Kenny was born 0n 24/4/2014, and they now are 4 month old. I really hope both of you can stay more longer with me to go through this life together. Lots of love from me.


Your lover,





Monday, January 6, 2014

Welcome to 2014

Selamat Tahun Baru 2014!

Apa azam korang? Moga cepat kaya? Makin cantik? Makin Sihat?..... Well, well, well.... Tak salah memasang azam tapi jangan sampai jadi kasam sudah. Faham maksud "kasam"? Maksudnya pasang azam, tapi x sampai mana pun azam tu. Jadilah macam budu disimpan dalam bekas/botol. Ya la, azam tu jgn la minta yg bukan2 kan? Berazam mesti datangnya dengan usaha. U.S.A.H.A! Ya. Usaha. Harta x datang bergolek2 sendiri kalau bukan diri sendiri yang usahakan. Mahu kaya, kerjalah kuat2, plus bijak ok! Begitu juga kalau nak cantik, usaha juga tau. (ehem.. mesej ni saya tujukan kepada diri sendiri uolllss)...

Okay2. Suka dan duka tak pernah kurang tau untuk memaniskan perasa kehidupan aku. Gembira dan sedihnya sesuatu peristiwa kita harus terimalah, dan bolehlah kejadian ini tadi menjadi suatu kenangan yang boleh mematangkan diri kita sendiri. Kalau tak berlaku dalam kehidupan kita sendiri pun, kita boleh buat teladan tau kisah hidup orang lain, x semestinya berlaku ke atas diri sendiri baru rasa nak sedar diri langit tu tinggi ke rendah.

Ni aku nak recap la apa pencapaian aku sepanjang tahun 2013.

1. Wang ringgit (/)
2. Harta benda (/)
3. Perhubungan keluarga, kawan (/)
4. Pengalaman (/)
5. Kedamaian jiwa (x)

Masih jauh perjalanan aku untuk mencapai kedamaian jiwa. Aku rasa aku jauh sekali hanyut dalam duniawi ini.Semoga diberi kesempatan mengecapinya. Dan semoga tahun-tahun ini diberkati dengan rahmat dan segala dugaan dihadapi dengan tabahnya. Jiayuk, Agnez!!! You are strong girl.


Peace,

Thursday, December 19, 2013

Beauty Stuff Review: Hansaegee Nature Product

Hai. ketemu lagi sekalian. Sy pada hari ini sungguh senang sekali ingin menuliskan blog nya ini karena udah lama kepingin mau berkongsi satu produk yg baru sy beli pada minggu lalu. Eyhhhh... belajar bahasa negara seberang aku ni. Well, banyakkan menonton drama indonesia secara x langsung dapat belajar bahasa mereka walaupun  x sefasih mereka la.

Cut! Just stop the crap, Agnez. =)

Hari tu aku adalah usha2 blog Fatin Liyana (click here) yg pemes tu, terjumpalah alah produk yg sgt femes di Korea. (betul ke? setakat ini aku blum jumpa lg testimonial dari retis korea yg pakai produk ni). Ada juga tgk beberapa reviewer pasal produk bagus gtu. Ini yg membuatkan hati membuak2 nak try juga. Jadi sangkutlah aku di website : www.hansaegee.com.

Tada.
Bought online from Hansaegee.com
Di atas adalah antara items yang telah dibeli secara online daripada website hansaegee. Mari kita senaraikan nama2 produk:

Urutan dari kiri ke kanan ya. :)
 1. Sulfur Blackhead Suction Nose Pack
 2.Collogen Impact Essential Mask
 3. I.P.I Lightmax Ampoule Mask
 4. N.M.F Aquaring Ampoule Mask
 5.  2 Steps Ampoule Mask (Free gift) ( I like free stuff. :3 Ngeee)

Teruja tau tak saat menerima parcel ni. Kalau boleh nak tempek semua masks ni sekaligus. (melampau pulak). 

Nak cuba juga! hehehe.. 

Sulfur Blackhead Suction Nose Pack





Dalam 1 kotak Nose Pack tu terdapat 10 keping dan 1 Pore Stamp Serum.


Fungsinya adalah menyahkan segala bintik2 hitam yg bertempek di sikitar hidung anda. Pertama, basahkan bahagian hidung dan tampalkan nose pack. Tujuan basahkan hidung adalah supaya nose pack tu lekat, dan bila dah lekat nanti, blackheads/whiteheads senang la kena tarik. Biarkan selama 15 to 20 minutes. Tamat masa dan cabut, ouchhh!! Agak lekat nose pack ni. Lepas cabut nose pack kita sapu dgn Pore Stamp Serum. Hasilnya, blackheads/whiteheads sudah disingkirkan dan pori2 pun mengecil. I like this product. Siap rekomen dgn kawan2 satu tempat kerja dan mereka pun baru saja menempah nose pack ini. 4 out of 5 star I give. 

I.P.I Lightmax Ampoule Mask





* Ingredients: AA2G, Arbutine, morus alba bark
* Use for freckles skin
* Effect: Improving bright-looking, moisturizing, vitality of skin

What is “I.P.I”?
~ Intense perfection light
~ Dermatologist use to make skin bright 

Sgt excited tengok dia punya packaging. Cute2 semua dalam bulk size. 

 
Pertama, cuci muka, dan apply toner (kalau ada) kerana ini akan memudahkan penyerapan. Buka bungkusan dan nampaklah sheet mask yang nipis ini. Mask ini amat berbau harum dan sejuk. Apply dekat muka dan biarkan selama 15-20 minit. Dalam menunggu masa tu boleh la tidur ka, dengar musik ka, baca novel ka. Boleh ambil baki2 essence dlm bungkusan buat moisturizer dan biarkan meresap ke dalam kulit muka. (x baik membazir tau :p).  Lepas pakai mask tu, boleh la apply toner lagi (kalau ada). Kesannya, kulit akan nampak sihat semula, lembab, dan selesa.  Mesti kau berangan macam retis korea lepas tu. (termasuk i ler tu hehe). Pemakaian sheet mask ni boleh la dilakukan sebelum tidur atau bila2 masa yang rasanya sesuai dgn masa korang. Untuk mendapatkan kesan yg menyerlah, pemakaian sheet mask ini digalakkan penggunaannya 3-4 kali dalam sebulan. :)

Dan utk pengetahuan semua, bukan hanya product Beauty Clinic Mediheal saja ada dijual tetapi Vacci Luxe Collection pun ada di mana barang make up seperti foundation, maskara, lipgloss, blusher dan sebagainya ada dijual. Yg penting, semuanya affordable to buy. 


Apa tunggu lagi, dapatkan produk kecantikan untuk menghasilkan kulit secantik ala-ala retis korea di Hansaegee.com




Peace,


 








 



Wednesday, November 27, 2013

Cerita Novemberku

Hai2... Ape cerita? Xda cerita. Hanya cerita pengakhiran bulan November dan xlama lagi bermulalah bulan Disember. Means that..... hohoho... xmas is coming soon! ko x happy?? apa ke jadah kalau x happy bila bulan disember menjelma, opkos ler aku happy. Why? Here I can tell u why. Bcoz I will take a long holiday. (Macam la long holiday tu sebulan, setahun begitu kan yang membuatkan kamu happy yer, Cik Agnez?? -.-!) Seminggu jer pun. But I am so glad la ada cuti untuk meraikan xmas nanti. Let's sing together.. we wish you a merry xmas, we wish you a merry xmas, we wish you a merry xmas & happy new year~ Awalnya aku nak meraikan. Kihkihkih.

Eyh, Agnez, lapang nyer kamu ni berblog bagai? Dah la waktu kerja, xkerja ke/cuti? Curi tulang erkkk? Huhuhuhu.. Meh aku menjawabnye.. Ye, sejujurnya aku mencuri tulang temulang semasa bekerja. Eeee xmalunyer... Xpe la kan, skali sekala nak update. Ini adalah satu cara aku release tension yang ada. Cukupla keja aku bekerja dari pagi ke malam, membanting tulang (la sangat). Tapi seriously aku kecapekan. Masuk 3 hari aku pergi longhouses (accompanied the consultants), dengan jaraknya yang jauh, struktur jalan nya yg super sloppy, mcm naik roller coaster gtu, sakit semua isi2 badan aku tau. T.T . Petang ni pula xda program sebab dah settle utk program utk hari ini, jadinya, aku dapat la melepak kejap di blog ini. Hooray!Panjang huraian untuk buat penjelasan kenapa aku bergayut di sini. Well.... :)

Time flies so fast. What a moment. Pejam celik pejam celik dah ke penghujung tahun 2013. Awl nya aku nak wrap up segala cerita tahun 2013. Kot-kot x sempat diceritakan bulan depan. Oppss... Touch wood. (ketuk meja)
Sepanjang beberapa bulan ni ada jugalah perkara2 gembira yang telah berlaku di sekeliling aku. Antaranya:
1. ISCC & RSPO audits dah lepas. So merdeka! Untuk tahun ni jer. Continuous improvement have to be done. Damn, my freedom is limited. Nvm.

2. I'm 25 years old already. What a big number/figure huh? And yesterday, one of the auditor counter-checked my age, I said I'm 25 yrs old. And he said seems like I was at my 30++ yrs old. Bedebah. Am I too old to you, Mr??? X boleh jadi ni! (ehem, mesti ikut tune Sailormoon nak menyeru Kuasa Bulan dier tu)... Dengan Kuasa Diet Atkins, aku menyerumu untuk membuatkan aku tabah dan sabar dengan cabaran untuk meneruskan proses dietku. But hey, aku bangga sikit la dgn perubahan aku. Sekarang y'all tgk aku mungkin bedebab besar gajah, but let me tell you that I've been reduced my weight almost 10 kg if compare to last year okayyy~ Satu pencapaian yang layak dibanggakan apa.. kan?kan? Jawab la ya supaya aky x feel down, babe.. :p

 Ada beza x? 
Mungkin korang x nampak, tapi aku yg rasa. Aku tau la. 
(Masuk bakul angkat sendiri)
Usaha tangga kejayaan. 
Mana tangga aku nak turun naik biar kurang lagi berat ni. 
Won't give up. Hooyah.

3. Aku berpeluang balik ke kampung halamanku. Yes. Kalau korang tafsirkan/fikirkan. Kampung aku xla jauh sgt. Sejam setengah kot dari tempat kerja aku. Tu pun aku jarang nak menjenguk. Bukannya apa bcoz my parents diaorang stay kat bandar, buat apa balik kampung kalau xda org kat rumah kan. Tapi, sejak parents sudah menetap di kampung, aku tetiba berubah mood mau balik ke kampung kalau boleh tiap2 minggu. Kalau boleh la. Cuma yang menjadi halangan untuk balik ke kampung adalah struktur jalan raya yang super duper bahaya la. Kalau x ujan, smooth jer kereta dapat lalu dan sampailah ke rumah dgn selamat. Kalau hujan, jangan mimpi la dapat lalu kecuali hang memang professional punya driver dapat melintasi merentasi melewati jalan yg licin itu. Kalau aku (dah ada pengalaman dah) yang drive, jatuh ke juram la gaya nya. Last time pergi, kereta skidded ke dalam parit (walaupun jalan lurus). Pemanduan aku yang sgt teruk ke or nak blame struktur jalan raya tu (Kayu balak punya jalan raya  ok, ko berani?). Mak siap kata suruh balik pakai sampan lagi tu. X berani arrr. Ada buaya. Taulah buaya x kacau sebarang, tapi mana tahu dah bukan nasib diri, tetiba bujang senang punya spisis tu mau menjenguk keluar. xdaya aku. Minta dijauhkan. But, I am looking forward to go back to my village. Tenang jer.

Aku anak kampung, kerjanya di ladang, kuli-kuli saja.

4. Company Annual Dinner sudahpun selesai. Leganyer. Walaupun sumbangan aku dalam projek ni x banyak (Kau cakap x banyak?? Tebal muka aku ni pergi tagih menagih sponsor ni tau, then you just signed only bah, then big boss said not appropriate la minta sponsor cenggini. Wehhh, kalau ya pun x appropriate, why your assistant signed juga, approached kitaorang pergi tagih juga. Dia yg rekomen cara gitu, dan siap warning kitaorg. "Make sure all the prizes are ready by xxxxxxx!!!". Anyway, x la sakit hati sangatkan sebab benda dah berlaku. Biarkanla. Next time we know what to do la. Lepas meeting hari tu boss cermin mata x cakap pa2 pun pasal sponsorship. Tau la tu diri yang salah juga. Kan boss kan?? Walau apa pun, ko tetap boss yang No. 1. (Ye ker?? Ye ler tu). Tabik Spring boss.



Cam cantek jer cam comel jer, cam montel jer. Kadang2, kita puji ckit diri sendiri biar boost our spirit utk hidup. Kurg la kes bunuh diri kot sebab self-esteem tu x rendah sgt.

5. Kedua-dua adik bujang aku dah masuk Politeknik, Kuching. Syukur sangat2. yang paling syukur bila adik bujang si Raka (21 tahun) tu masuk sekolah. Rezeki masuk sekolah lambat sampai. (kot). Adik bujang yang bernama Ben (18 tahun) dah daftar awal dari Raka. Ni Semester Ke-2 dia la, si abang dia baru masuk semester pertama. Xpa adik2ku, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Cepat or lambat, kejayaan itu menanti kita asalkan kita berusaha. Sejuk hati mak & bapa (kakak juga tau) tengok korang dah masuk sekolah. Good luck, bros.


Itu adalah serba sedikit perkara2 yang menggembirakan (x kurang juga yang x menggembirakan. Hidup inikan mesti seimbang).

Bulan Disember bakal menjelma. Of course ada plan mau terbang tinggi. KL, see u next month. :) Wanna shopping there. Confirm sales meletop2 ni. Duit jer yang x meletop. Huhuhu...

Okayla, setakat ininsaja perkongsian kita hari ini. Harap semuanya berjalan dengan lancar mengikut perancangan dan semestinya dengan kehendakNya.

Sebelum berpisah jom cheers dulu...

Ciao.

Peace,




Wednesday, October 16, 2013

My pets

Hi!

I just want to introduce my sweet to the heart a.k.a sweetheart. Here we go:

Mimi
Tobby     
I really love both. Without them, I don't know wht to do. I will loose my appetite, cant sleep all night. Hahaha.. is it? Btw, I do really love Tobby and Mimi.  I love my pets. I treat them as my babies.

Be loyal to me, ok? Only to your mama. :)

Peace,





Friday, October 4, 2013

K.A.W.A.N

Hai semua....

Lama x blogging ni. Berhabuk kalau blog ni adalah sebuah buku diari. Nasib baik dlm bentuk online2. xperlu lap habuk kan?

Tajuk entri kali ni adalah berkaitan dengan KAWAN. Aku percaya setiap kita akan mempunyai kawan. Tapi kawan yg bagaimana? Kawan untuk hiburan? suka dan duka? Perkara ini menarik minat aku untuk berkongsi di dalam blog kali ni.

Aku pun mempunyai kawan. Ya. Kawan-kawan. Merata2 pun ada kawan. Tapi yang tahap bestfriend tu aku x ada. Kenapa ye? Dalam kamus hidup aku ni, bestfriend ni x wujud. Kerana bestfriend ni hanyalah bersifat sementara. BESTFRIEND = TEMPORARY.

Kenapa aku memberi knyataan yang sedemikian? Dalam pandangan mata ini:
Kita akan menganggap kawan adalah best friend kita apabila "dia" telah bersama kita berkongsi segala suka duka, menangis dan ketawa bersama tetapi hubungan tersebut hanyalah berlaku pada masa itu sahaja. Noktah. Setelah masing2 menuju haluan dan kerjaya sendiri, persahabatan itu sedikit demi sedikit akan terlerai dan perkataan bestfriend tersebut akan mula dilupai. Gelaran bestfriend akan bertukar kepada hanya seorang kawan biasa sahaja. Pergaulan akan bertambah janggal apabila masing2 berjauhan antara satu sama lain.

Inilah yang pernah terjadi dalam kehidupanku. Aku xpernah mempunyai bestfriend. Bagiku semuanya adalah kawan biasa sahaja. Kawan suka duka tu hanya berlaku di satu tempat sahaja. Apabila aku berpindah ke tempat baru, persahabatan itu akan dilupakan. Perhubungan yang mesra itu akan hilang ditelan masa. Semua org akan berubah. Itu aku percaya. Dan aku tidak menyalahkan mereka knapa mereka melupakan sebuah persahabatan itu. Kerana mereka berhak. Aku jenis yang x lupakan kawan melainkan aku dilupakan kemudian aku akan melepaskan kawan itu pergi kerana aku tahu dia berhak berkawan dengan sesiapa saja. Begitulah yang seterusnya. Well, we have to live our life, right? Bila kita di tempat yang baru, kita akn berjumpa dgn kawan baru dan menjalinkan hubungan kawan dengan mereka, dan kita mungkin akan berpindah ke tempat baru lagi, dan kita kan berjumpa org lain lagi. Perhubungan ini tiada noktah. Inilah antara sebab2 kenapa dalam hidup ini xda istilah bestfriend.

Ada suatu saat kita akan memerlukan seseorang utk meluahkan perasaan kita (mungkin dalam keadaan suka, duka, terpulanglah), dan seseorang itu adalah orang kita percaya, dan bukan seorang best friend semata2. Mungkin ada sesetengah pihak tidak akan bersetuju kenyataan aku ini, but hey...we all have different stories. Good thing la if y'all ada bestfriend and I'm happy for you. Take a good care la persahabatan, kerana aku pasti mesti persahabatan kalian sangat indah. Aku menghargai semua kawan-kawan ku. Tiada mereka pasti sunyi sepi hidupku. Sebahagian hidupku, merekalah yang menceriakanku. :)

Thanks coz being one of my friend.

 Love & Peace,





Saturday, September 7, 2013

Cakoi

Setelah beberapa kali usaha membuat kuih alah ini iaitu cakoi akhirnya..... Berjaya! Nyum3.... Nyaman walaupun agak nipis dan kontot. Belum pandai buat anggaran saiz yg sesuai. Semua tu kan boleh belajar. :)

Wednesday, June 5, 2013

Runsing

Salam semua,

Di petang indah2 ni, kalau minum teh/kopi/coklat panas, perghhhhh.. sedap tu. Tapi tak baik untuk aku ye. Say No! Mission still in progress. 

Dah separuh tahun 2013 dah, bulan JUN, babe. What achievement I got from the past half year? Prosperity? Healthy? Both? Pray me get well in everything. :)

RSPO Audit & ISCC Audit will come soon. Documentation is yet to prepared.  Time management, please. Say it LOUD. TIME MANAGEMENT!

Susah hati mengenang kerja tapi lagi susah hati kalau dibuang kerja. Kan?? Jadi, Ms. Agnez, please behave urself yer. (Alright).

Moga dipermudahkan segalanya.

Peace,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...